Saturday, April 21, 2012

Amalan Yang Paling Disukai Allah


Assalamualaikum..

Daripada Aisyah R.A katanya : bahawa nabi S.A.W menjadikan tikar anyaman pelepah tamar sebagai dinding pada waktu malam, lalu ia bersembahyang. Pada waktu siang ia menghamparkan tikar itu dan duduk di atasnya, Orang-orang datang berkumpul kepada Rasulullah S.A.W. lalu mereka bersembahyang sepertinya. Hingga kemudiannya bilangan mereka menjadi ramai. Rasulullah datang menemui mereka dan bersabda, "Wahai manusia, buatlah amalan setakat yang kamu mampu. Bahawasanya Allah tidak jemu sehinggalah kamu berasa jemu dah seseungguhnya amaln yang paling disukai Allah ialah amalan yang berkekalan sekalipun sedikit".

Huraian


1.     sahabat rasulullah S.A.W sentiasa ingin mengikut cara baginda beribadah kerana pada pandangan mereka Rasulullah yang maksum masih kuat beribadah, bangun bersembahyang pada waktu tengah malam apatah lagi manusia  biasa yang sentiasa terdedah dengan dosa sudah semestinya melipatgandakan lagi usaha untuk mendapat keampunan Allah.
2.     Rasulullah mengunakan tikar tamar sebagai dinding untuk melindungi dirinya yang sedang beribadah pada waktu malam dari pandangan orang ramai kerana baginda bimbang perbuatannya itu dianggap sebagai satu amalan fardhu.
3.     Pada waktu siang Rasulullah menggunakan tikar pelepah tamar itu sebagai hamparan tempat duduk bagi baginda dan para sahabat yang datang menemui baginda.
4.     Apabila Rasulullah meliaht ramai para sahabat melakukan qiamullail lau baginda memberitahu bahawa amalan yang dilakukan mengikut kemampuan masing-masing bukan dipaksa-paksa melakukannya kerana penjagaan kesihatan juga perlu.
5.     Allah tidak pernah menutup pintu rahmat kepada hamba-Nya yang beribadah dengan khusyuk dan ikhlas tetapi hamba-Nya yang sentiasa jemu dan malas untuk beribadah.
6.     Baginda rasulullah S.A.W menerangkan bahawa amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit tetapi istiqamah.
7.     Mengerjakan ibadah dan lain-lain amal kebajikan hendaklah dibuat mengikut kemampuan. Allah tidak memaksa dan memberatkan seseorang, lakukanlah ibadah mengikut kadar kemampuan masing-masing.
Kesimpulan dan Pengajaran.


1.     Nabi mengajar umatnya bahawa untuk melakukan ibadah kepada Allah tidak perlu kepada perbelanjaan yang banyak.
2.     Para sahabt cuba mengikut cara Rasulullah S.A.W bersolat malam sehingga memberi arahan dan panduan beribadah, iaitu buatlah malan setakat yang mampu dan jangan memksa diri kerana Allah tidak mengurangkan limpah kurnianya selam hambaNya terus menerus beribadah kepadanya.
3.     Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan  yang berterusan walaupun sedikit.


BarakAllahufikum.
:)

No comments:

Post a Comment