Tuesday, July 10, 2012

Belajarlah menerima pandangan org lain..


Assalamualaikum semua..

Berkenaan tajuk yg tertera di atas,ingatan buat diri dan semua..marilah sama-sama kita belajar menerima nasihat atau kritikan org lain terhadap kita tambahan lagi dlm bidang atau perkara baru yg kita lalui.

Mungkin nasihat org buat kita adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.Mungkin kita yang masih belum arif dlm perkara atau suasana baru yg kita lalui akan melakukan kesilapan. Oleh sebab itu,org lain yang pernah melaluinya lebih dahulu ingin menegur dan memberi nasihat kepada kita supaya tidak tersilap percaturan atau langkah kita.

Memang...kadang2 agar sukar ingin menerima teguran atau nasihat terhadap diri kita. Tapi percayalah..niat org yang menegur bukan untuk mencacatkan langkah kita tetapi atas dasar membina kehidupan kita supaya menjadi lebih baik. Maka terimalah..bukalah hati untuk menerima.Usahlah terlalu mengikut perasaan yg negatif dlm diri kita. 
P/s: belajarlah menerima pandangan dan pendapat org lain. 
  

Monday, July 9, 2012

Bagaimana cara untuk Bangun Awal Pagi Solat Suboh!!!!!!!


Bagaimanakah cara untuk bangun awal pagi setaip hari? Penuh disiplin dan penuh bersemangat untuk menghadapi hidup? Menjadi orang orang yang berjaya dan terbilang. 

Adakah orang yang bangun awal memang dilahirkan begitu atau mereka melalui kaedah tertentu? Dalam kes saya, semestinya ia melalui kaedah tertentu. Semasa saya berusia awal 10-an, saya biasanya hanya akan masuk ke bilik tidur selepas jam 12 malam, jarang sekali saya tidur sebelum tengah malam. Akibatnya saya selalunya akan terjaga dan "hidup" hanya bila hari sudah hampir tengah hari.

Selepas beberapa tahun saya mula sedar betapa tingginya kaitan antara KEJAYAAN danBANGUN AWAL, termasuklah dalam kehidupan peribadi saya. Dalam beberapa kes yang jarang bila saya bangun awal pagi, saya dapat rasakan yang produktiviti diri selalunya akan lebih tinggi, bukan hanya pada waktu pagi, tapi untuk keseluruhan hari itu. Saya juga dapat merasakan keseluruhan rasa diri yang cergas, aktif dan bertenaga. Maka oleh kerana saya memang ingin menjadi orang yang hebat, saya bertekad untuk bangun awal setiap hari secara konsisten. Tanpa membuang masa lagi, saya kunci jam loceng pada pukul 5 pagi.....dan keesokan harinya .....
saya tetap bangun bila hari sudah hampir tengah hari..


Hmm.. 


Saya cuba lagi beberapa kali selepas itu, setiap kali juga keputusannya tidak lari jauh. Adakah saya memang dilahirkan dengan genetik bangun lewat? Setiap kali jam loceng berbunyi, perkara pertama yang terlintas dalam benak pemikiran saya ialah bagaimana mahu mematikan bunyi yang amat mengganggu itu dan menikmati semula tidur yang amat lena tadi. Begitulah tabiat saya selama beberapa tahun. Namun saya mula sedar dari bacaan dan kajian pakar bahawasanya teknik saya itu sebenarnya SALAH. Hanya selepas saya mengaplikasikan teknik baru ini barulah saya berjaya untuk bangun awal.

Sebenarnya memang sukar untuk bangun awal jika strategi yang kita gunakan salah. Tapi dengan strategi yang betul, bangun awal pagi sebenarnya adalah agak senang.

Antara cara salah yang agak biasa ialah; kamu anggap jika esok kamu mahu bangun awal, maka strategi paling baik ialah tidur awal pada malam itu. Maka kamu mula mengkaji masa tidur kamu yang biasa dan mencongak masa tidur yang terbaik untuk bangun pada pukul 5 pagi. Contohnya jika kamu selalu tidur pada pukul 12 tengah malam dan bangun pada pukul 7 pagi, maka cara untuk bangun pada pukul 5 pagi ialah dengan menganjakkan waktu tidur lebih awal dua jam iaitu dengan tidur pada pukul 10 malam. Kaedah yang nampak logik. Tapi sebenarnya tetap akan menemui kegagalan.


Boleh dikatakan ada dua pendapat utama tentang corak tidur. Satu ialah yang mengatakan anda sepatutnya perlu tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Dengan kaedah ini seolah olah anda mempunyai dua jam loceng pada dua ketetapan - anda cuba tidur pada waktu yang tetap pada setiap malam. Kaedah ini nampak praktikal walaupun dalam suasana kehidupan moden hari ini. Kita perlukan ketetapan dan badan perlukan rehat yang cukup.

Pendapat yang ke dua pula mengatakan bahawa anda perlu mendengar isyarat atau signal dari tubuh anda. Tidur hanya bila anda rasa penat dan bangun hanya bila anda terjaga secara semulajadi. Pendapat ini didasarkan pada pemahaman konsep biologi manusia itu sendiri. Badan kita akan bereaksi memberi isyarat bila kita mengantuk, jadi kita perlu akur pada kehendak biologi tubuh badan secara semulajadi.

Melalui kaedah cuba-cuba dan pengamatan sendiri, saya mendapati kedua-dua kaedah ini tidak akan memberi corak tidur yang optimum. Kedua-duanya adalah salah jika anda benar-benar mengambil berat tentang produktiviti diri anda. Kenapa?

Sekiranya anda tidur pada waktu yang tetap, anda kadang-kadang akan masuk ke bilik tidur bila anda belum mengantuk. Sekiranya anda berada di atas katil selama lebih dari 5 minit tanpa tidur, maka anda sebenarnya belum mengantuk! Bayangkan, setiap malam anda membuang masa lebih dari 5 minit masa anda tanpa ada apa-apa perkara yang produktif. Ingat; masa itu emas. Masalah lain ialah anda menganggap anda perlu jumlah waktu yang tidur yang tetap setiap hari, ia sebenarnya anggapan salah. Keperluan tidur anda pada hakikatnya berbeza setiap hari.

Sekiranya anda mengikut pendapat ke dua pula iaitu mendengar kehendak biologi tubuh, anda mungkin akan tidur lebih dari yang perlu dalam kebanyakan kes, terlalu lebih biasanya 10 hingga 15 jam terkumpul lebih banyak dalam tempoh seminggu (anda akan rugi 1 hari waktu untuk bekerja). Ramai orang yang tidur dengan cara ini bisanya akan tidur lebih dari 8 jam setiap hari, yang bermakna mereka terlalu banyak tidur. Selain itu, waktu pagi anda akan sukar untuk di jangka kerana mereka akan bangun pada waktu yang berbeza setiap hari (mengikut kata tubuh). Oleh kerana corak peredaran tubuh kita yang tidak semestinya selari dengan sistem jam, maka waktu tidur anda akan lari (hanyut) secara rawak.

Cara terbaik bagi saya ialah dengan menggabungkan kedua-dua kaedah di atas. Sebenarnya ia sangat senang dan ramai orang yang biasa bangun pagi melakukannya secara semulajadi, tapi ianya merupakan suatu pencapaian hebat bagi diri saya. Penyelesaiannya ialah dengan masuk ke bilik tidur hanya bila sudah mengantuk dan bangun pada waktu yang tetap dengan jam loceng pada setiap pagi setiap hari (7 hari seminggu). Jadi saya akan bangun pada waktu yang sama pada setiap pagi (dalam kes saya, 6 pagi), tapi saya masuk tidur pada waktu yang berbeza-beza setiap malam.

Saya akan masuk ke bilik tidur hanya bila saya rasa mengantuk dan tidak mampu lagi untuk jaga. Ujian mengantuk untuk diri saya ialah bila saya tidak lagi mampu untuk membaca satu atau dua muka surat sebuah buka tanpa hanyut, maka saya memang benar-benar mengantuk dan perlu tidur. Kebanyakan dari pengalaman saya, saya akan tidur dalam sekitar hanya 3 minit selepas berada di atas katil. Saya baringkan tubuh, selesakan badan, tanpa masalah saya akan terus lelap. Ada masa saya tidur awal jam 9 setengah. Ada masa saya berjaga sampai 12 tengah malam. Kebanyakannya saya akan tidur sekitar jam 10 hingga 11 malam. Sekiranya saya tidak mengantuk, saya akan berjaga sehingga mata saya benar-benar mengantuk. Membaca adalah aktiviti terbaik untuk waktu sebegini. Sehinggalah benar-benar mengantuk barulah saya akan masuk untuk tidur di bilik.

Bila jam loceng berbunyi setiap pagi, saya akan menutupnya, geliat beberapa saat dan kemudian bangun. Saya tidak akan berfikir lagi mengenainya. Dari pengalaman saya, semakin lama saya mengambil masa, maka semakin tinggi kebarangkalian saya akan terus tidur. Saya tidak akan membenarkan diri saya berbual tentang faedah-faedah tidur bila jam sudah berbunyi. Walaupun perasaan saya masih lagi mahu tidur, saya TERUS bangun.

Selepas beberapa hari dengan tabiat ini, saya dapati corak tidur saya menjadi sesuatu yang semula jadi. Jika pada suatu malam saya kurang tidur, malam berikutnya saya akan mudah mengantuk dan tidur awal secara semulajadi. Sekiranya badan saya bertenaga dan tidak letih, saya akan tidur kurang sedikit. Tubuh badan saya belajar untuk memaksa saya tidur bila penat dan mengantuk kerana tubuh saya tahu yang ia akan bangun pada waktu yang sama setiap pagi dan tidak ada perundingan lagi mengenainya.

Kesan daripada kaedah ini, saya biasanya tidur kurang 90 minit secara normal setiap malam tetapi saya rasa tubuh saya benar-benar rehat dan segar. Dan saya jarang untuk tidak tidur bila sudah berada di atas katil.


Dari pembacaan saya, kebanyakan orang yang susah tidur (pengidap penyakit insomnia) ialah orang yang masuk tidur bila mereka tidak mengantuk. Jika anda tidak mengantuk dan susah untuk tidur dengan cepat, cuba bangun dan berjaga untuk seketika. Jangan tidur lagi sehingga tubuh mengeluarkan hormon memberitahu yang anda perlu tidur (anda akan rasa mengantuk).

Jika anda masuk ke bilik tidur hanya bila anda mengantuk dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari, anda akan sembuh dari penyakit sukar tidur (insomnia). Malam pertama anda berjaga memang anda akan tidur lewat, tapi anda akan terus tidur bila masuk ke bilik. Hari pertama memang akan sukar untuk anda kerana anda bangun awal dan hanya dapat tidur beberapa jam sahaja. Tetapi anda mestilah menghadapi hari itu dengan cekal dan anda akan merasa mengantuk awal pada malam ke dua. Selepas beberapa hari anda akan dapati corak tidur akan menjadi sekata dengan waktu tidur yang tidak jauh berbeza dan tidak ada masalah sukar untuk tidur lagi.


Jadi, jika anda mahu jadi orang yang bangun awal (atau memiliki lebih kawalan pada corak tidur dan mengatasi insomnia) maka cuba lah cara ini;

Masuk ke bilik tidur hanya bila anda benar-benar mengantuk dan bangun pada masa yang tetap setiap pagi, setiap hari, menjadi amalan rutin anda yang wajib. Anda akan bangun awal dan menjadi manusia cemerlang yang produktif.
Selamat mencuba! Selamat Bangun awal.
Salam Ceria!! 
Selamat Beramal…

Saturday, April 21, 2012

Amalan Yang Paling Disukai Allah


Assalamualaikum..

Daripada Aisyah R.A katanya : bahawa nabi S.A.W menjadikan tikar anyaman pelepah tamar sebagai dinding pada waktu malam, lalu ia bersembahyang. Pada waktu siang ia menghamparkan tikar itu dan duduk di atasnya, Orang-orang datang berkumpul kepada Rasulullah S.A.W. lalu mereka bersembahyang sepertinya. Hingga kemudiannya bilangan mereka menjadi ramai. Rasulullah datang menemui mereka dan bersabda, "Wahai manusia, buatlah amalan setakat yang kamu mampu. Bahawasanya Allah tidak jemu sehinggalah kamu berasa jemu dah seseungguhnya amaln yang paling disukai Allah ialah amalan yang berkekalan sekalipun sedikit".

Huraian


1.     sahabat rasulullah S.A.W sentiasa ingin mengikut cara baginda beribadah kerana pada pandangan mereka Rasulullah yang maksum masih kuat beribadah, bangun bersembahyang pada waktu tengah malam apatah lagi manusia  biasa yang sentiasa terdedah dengan dosa sudah semestinya melipatgandakan lagi usaha untuk mendapat keampunan Allah.
2.     Rasulullah mengunakan tikar tamar sebagai dinding untuk melindungi dirinya yang sedang beribadah pada waktu malam dari pandangan orang ramai kerana baginda bimbang perbuatannya itu dianggap sebagai satu amalan fardhu.
3.     Pada waktu siang Rasulullah menggunakan tikar pelepah tamar itu sebagai hamparan tempat duduk bagi baginda dan para sahabat yang datang menemui baginda.
4.     Apabila Rasulullah meliaht ramai para sahabat melakukan qiamullail lau baginda memberitahu bahawa amalan yang dilakukan mengikut kemampuan masing-masing bukan dipaksa-paksa melakukannya kerana penjagaan kesihatan juga perlu.
5.     Allah tidak pernah menutup pintu rahmat kepada hamba-Nya yang beribadah dengan khusyuk dan ikhlas tetapi hamba-Nya yang sentiasa jemu dan malas untuk beribadah.
6.     Baginda rasulullah S.A.W menerangkan bahawa amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit tetapi istiqamah.
7.     Mengerjakan ibadah dan lain-lain amal kebajikan hendaklah dibuat mengikut kemampuan. Allah tidak memaksa dan memberatkan seseorang, lakukanlah ibadah mengikut kadar kemampuan masing-masing.
Kesimpulan dan Pengajaran.


1.     Nabi mengajar umatnya bahawa untuk melakukan ibadah kepada Allah tidak perlu kepada perbelanjaan yang banyak.
2.     Para sahabt cuba mengikut cara Rasulullah S.A.W bersolat malam sehingga memberi arahan dan panduan beribadah, iaitu buatlah malan setakat yang mampu dan jangan memksa diri kerana Allah tidak mengurangkan limpah kurnianya selam hambaNya terus menerus beribadah kepadanya.
3.     Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan  yang berterusan walaupun sedikit.


BarakAllahufikum.
:)

Wednesday, April 18, 2012

Balasan Percakapan Tanpa Amalan


Assalamualaikum.

Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah r.a katanya : ''Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda seorang lelaki diheret pada Hari Kiamat lalu dicampakan ke dalam neraka, tali perutnya terkeluar dan ia berpusing-pusing seperti keldai mengelilingi pengisar gandum. Penghuni neraka berhimpun lalu bertanya, ''Wahai polan!, mengapa kamu ni?. Bukankah kamu pernah menyuruh orang berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran?'' jawabnya : ''benar!, aku menyuruh membuat kebajikan sedang aku tidak membuatnya, dan aku menyuruh orang mencegah kemungkaran sedang aku melakukannya'' 

Huraian

1.    Makna mencampakkan seseorang ke dalam neraka lalu terkeluar tali perutnya dan berpusing-pusing adalah sememangnya mengambarkan suatu seksaan yang sangat pedih.
2.    Penghuni neraka dari pelbagai peringkat berkerumun melihat orang itu terseksa. Keadaan ini, menunjukan bahawa seksaan seperti luar biasa sedangkan pada masa yang sama mereka juga menerima seksaan.Hal ini menjelaskan bahawa seksaan bagi orang yang pandai bercakap tapi tidak mengerjakan adalah lebih berat daripada yang lain. Di samping itu penghuni neraka tertanya-tanya dan mengejeknya pula.
3.    Maksud kebajikan yang diserukan itu ialah segala amalan yang tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis yang sahih daripada aspek akidah, ibadah dan urusan hidup (mu'amalah)
4.    Mencegah kemungkaran ialah berusaha secara positif bagi menghalang tersebarnya segala perkara yang bertentangan dengan syariat.
5.    Seseorang yang hanya mnyeru,  memrintah dan menganjurkan kebajikan sedang ia sendiri tidak mengamalkan apa yang dikatakannya adalah manusia yang sangat dimurkai Allah. Firman Allah S.W.T. :

''Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan sesuatu apa yang tidak kamu melakukannya. Amat besarlah kebenciannya di sisi Allah, memperkatakan sesuatu yang kamu tidak perbuat.''
(surah As-Saff:2-3)

Pengajaran
1.     Melalui hadis ini mengambarkan seksaan yang pedih bagi orang yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak melakukannya.
2.     Segala urusan kebaikan yang tidak disertai oleh orang berkata adalah sia-sia. Segala usaha dan kata-katanya itu akan menambahkan lagi seksan ke atas dirinya.
3.     Nilai dan ukuran amalan seseorang terletak pada tindakan serta pelaksanaan  bukan hanya perkataan sahaja.
4.     Memperbaiki keadaan diri sendiri adalah lebih utama daripada memperkatakan kelemahan orang lain. Sebelum diri sendiri dapat melaksanakan perintah agama maka janganlah cuba mencaci orang lain.
5.     Hadis ini mengingatkan orang mukmin yang menjadi pendakwah dan pemimpin supaya menyeru kepada kebaikan. Mereka hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan amalan mereka.
6.     Manakala, orang lain yang mendengar dakwah dan semua kebaikan hendaklah mengambil manfaat daripada apa yang diperkatakan. Jangan pula hanya kerana yang bercakap itu tidak baik atau tidak setaraf, kita menolaknya sedangkan apa yang diperkatakan itu benar dan manfaat.
7.     Para pendakwah hendaklah sentiasa bermuhasabah diri sendiri agar dapat memperbaiki kelemahan yang ada. Hal ini disebabkan dikhuatiri orang yang sentiasa menyuruh kebaikan dan mecegah kemungkaran lebih awal menerima balasan Allah dari orang yang didakwah.
Sekian,
BarakAllahufikum.

Buat Pilihan...





Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad dan para sahabat wa sahabiah yang dirahmati Allah.
Dalam kesibukan hidup, mari kita luangkan masa s e k e t i k a untuk mengecajkan iman.
Jom kita tinjau situasi ummah kini sekejap. Berapa ramai lelaki yang beragama Islam di luar sana yang menengking ibu bapa? Berapa ramai pula remaja yang terpesong jauh ke dalam lubang maksiat? Berapa ramai pakcik-pakcik yang merokok di hadapan masjid selepas selesai solat jemaah magrib? Berapa ramai pula perempuan yang hanya ber-selendang- kemudian masuk ke surau pada waktu senja untuk menunaikan solat asar?
Mari kita skopkan lebih dekat dengan kita, di sekolah kita. Berapa ramai banin yang tidak menjaga pandangan? Berapa ramai banat yang masih tidak mampu menutup aurat apabila di luar sekolah? Berapa ramai yang masih tidak menjaga adab-adab ketika dalam masjid? Berapa ramai yang masih lagi tersisa dengan karat-karat j a h i l i y y a h? Masih menipu, syak wasangka, ikhtilat, assahbiyah dan perkara-perkara lain yang melalaikan? Bagaimana pula dengan diri kita sendiri?
Mereka ini semua yang mengaku Islam dan masih lagi melaksanakan ibadah-ibadah fardhu. Kalau kita pergi kepada golongan-golongan tersebut mahupun diri kita sekali pun, dan tujukan soalan sebegini,
“Nak masuk syurga tak?”
Siapa tergamak jawab “tak nak.” Semestinya s e m u a akan jawab dia inginkan syurga. Semua inginkan kenikmatan yang abadi itu yang telah dijanjikan oleh Allah. Antara ayat al-Quran yang kerap kita dengar,
Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta.” (Surah Yasin; 57)
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah “salam”” (Surah Ibrahim; 23)
Jadi untuk mencapai kelayakan untuk memasuki syurga, umat Islam sentiasa menjaga ibadah-ibadah fardhunya. Paling kurang pun, masih juga kekalkan agamanya sebagai Islam dan laksanakan ajarannya seolah-olah budaya dan tradisi. Tetapi Allah ciptakan bukan syurga sahaja.
Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.” (Surah Ar-Ra’d; 35)
Allah ciptakan syurga dan neraka. Hidup manusia di akhirat yang tiada batasan masanya itu akan bertempat di salah satu tempat ini sahaja; kediaman penuh nikmat dan kebahagiaan, atau, lubang neraka yang ditaburi azab-azab yang pedih tak terhingga. Jadi, jika ingin masuk ke syurga, juga bermakna kita tidak ingin masuk ke neraka. Setuju?
Tapi kenapa kita menjaga perkara-perkara tertentu agar dapat dimasukkan ke dalam syurga tapi tetap melakukan perkara-perkara yang boleh menghumbankan kita ke dalam neraka? Adakah kita ingin berada ditengah-tengah?
Hayati situasi ini,
A: Hang solat dah?
B: Dah, tadi.
A: Wah, bagus gak hang ni. Hang jaga gak solat hang.
B: Aku pun nak masuk syurga jugak.
A: Tapi napa hang dok couple?
B: Alah, yang tu pandai-pandai la aku jaga. Satu masa nanti aku stop ar.
Semestinya situasi sebegini pernah berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Kekalkan Islam pada tahap yang minima untuk dapatkan syurga tetapi tetap aktif melakukan perkara mungkar yang memang hanya menempah neraka.
Jadi, marilah sama-sama kembali bermuhasabah diri. Hidup kita di dunia sangatlah s e k e j a p berbanding akhirat yang bersifat kekal itu. Ajal boleh datang menjemput kita bila-bila masa sahaja malah setiap saat yang berlalu mendekatkan lagi kita kepada liang lahad. 
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,
Bahawa malaikat maut memerhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok danbergelak ketawa.”
Cukuplah hadis itu sebagai peringatan terhadap masa yang begitu sedikit kita ada di dunia ini. Naqib ana pernah berkata, “Di dunia ni, kita boleh buat pilihan. Nak buat apa, nak makan apa, nak pakai apa. Tapi bila nyawa kita dah diambil, tanda tamatnya masa kita boleh wat pilihan. Lepas tu semua apa yang kita dapat tak boleh lagi kita pilih”. Jadi, selagi kita masih dipinjamkan kuasa untuk membuat pilihan terhadap setiap tindakan kita, pilihlah untuk sentiasa beramal untuk dekati syurga dan pada masa yang sama jauhi segala amalan mungkar yang akan menjadikan kita ahli neraka.
Marilah kita berusaha untuk dibangkitkan dalam satu-satunya golongan yang Rasulullah kata akan masuk ke syurga. Wajah mereka kelak bagaikan bulan purnama, berjalan merentasi titian mustaqim sepantas kilat. Mereka adalah orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat. InsyaAllah.
Ini hanyalah peringatan khusus untuk ana, tetapi mahu dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian. Cepat-cepatlah kita mengkoreksi diri kemudian terus bantu yang lain di luar sana yang masih b e l u m lagi disampaikan ilmu tentang hakikat syurga dan neraka.
InsyaAllah.
Wallahualam.

Internet Saham Akhirat





Muslimah VS Putus Cinta


Assalamualaikum

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannyaadalah haram di sisi agama kita Islam. Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. 
Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend’ sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya. 


Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.


TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.


2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.


3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.


4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.


5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.


Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.” 
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

renung renungkanlah

Assalamualaikum....

Renung-renungkan dan selamat beramal


Hari ini sebelum kita mengatakan kata- kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya

Sebelum mengeluh tentang ayah atau ibu anda,
Fikirkan tentang seseorang yang mengadu kepada Tuhan 
untuk diampunkan dosa ibubapa yang tiada lagi.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang adik beradik kita,
Fikirkan tentang seorang yang sebatang kara.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak 
mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan saat kita letih dan mengeluh tentang homework,
Fikirkan tentang kenalan anda tidak lagi terdaya keluarganya menyara persekolahannya.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepadaTuhan bahawa kita masih hidup !