Assalamualaikum..
Daripada
Aisyah R.A katanya : bahawa nabi S.A.W menjadikan tikar anyaman pelepah tamar
sebagai dinding pada waktu malam, lalu ia bersembahyang. Pada waktu siang ia
menghamparkan tikar itu dan duduk di atasnya, Orang-orang datang berkumpul
kepada Rasulullah S.A.W. lalu mereka bersembahyang sepertinya. Hingga
kemudiannya bilangan mereka menjadi ramai. Rasulullah datang menemui mereka dan
bersabda, "Wahai manusia, buatlah amalan setakat yang kamu mampu.
Bahawasanya Allah tidak jemu sehinggalah kamu berasa jemu dah seseungguhnya
amaln yang paling disukai Allah ialah amalan yang berkekalan sekalipun
sedikit".
Huraian
1.
sahabat rasulullah S.A.W sentiasa ingin mengikut cara baginda
beribadah kerana pada pandangan mereka Rasulullah yang maksum masih kuat
beribadah, bangun bersembahyang pada waktu tengah malam apatah lagi manusia
biasa yang sentiasa terdedah dengan dosa sudah semestinya melipatgandakan
lagi usaha untuk mendapat keampunan Allah.
2.
Rasulullah mengunakan tikar tamar sebagai dinding untuk melindungi
dirinya yang sedang beribadah pada waktu malam dari pandangan orang ramai
kerana baginda bimbang perbuatannya itu dianggap sebagai satu amalan fardhu.
3.
Pada waktu siang Rasulullah menggunakan tikar pelepah tamar itu
sebagai hamparan tempat duduk bagi baginda dan para sahabat yang datang menemui
baginda.
4.
Apabila Rasulullah meliaht ramai para sahabat melakukan qiamullail
lau baginda memberitahu bahawa amalan yang dilakukan mengikut kemampuan
masing-masing bukan dipaksa-paksa melakukannya kerana penjagaan kesihatan juga
perlu.
5.
Allah tidak pernah menutup pintu rahmat kepada hamba-Nya yang
beribadah dengan khusyuk dan ikhlas tetapi hamba-Nya yang sentiasa jemu dan
malas untuk beribadah.
6.
Baginda rasulullah S.A.W menerangkan bahawa amalan yang paling
disukai Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit tetapi istiqamah.
7.
Mengerjakan ibadah dan lain-lain amal kebajikan hendaklah dibuat
mengikut kemampuan. Allah tidak memaksa dan memberatkan seseorang, lakukanlah
ibadah mengikut kadar kemampuan masing-masing.
Kesimpulan
dan Pengajaran.
1.
Nabi mengajar umatnya bahawa untuk melakukan ibadah kepada Allah
tidak perlu kepada perbelanjaan yang banyak.
2.
Para sahabt cuba mengikut cara Rasulullah S.A.W bersolat malam
sehingga memberi arahan dan panduan beribadah, iaitu buatlah malan setakat yang
mampu dan jangan memksa diri kerana Allah tidak mengurangkan limpah kurnianya
selam hambaNya terus menerus beribadah kepadanya.
3.
Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang
berterusan walaupun sedikit.
BarakAllahufikum.
:)
No comments:
Post a Comment