Assalamualaikum.
Daripada
Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah r.a katanya : ''Aku mendengar Rasulullah
S.A.W. bersabda seorang lelaki diheret pada Hari Kiamat lalu dicampakan ke
dalam neraka, tali perutnya terkeluar dan ia berpusing-pusing seperti keldai
mengelilingi pengisar gandum. Penghuni neraka berhimpun lalu bertanya, ''Wahai
polan!, mengapa kamu ni?. Bukankah kamu pernah menyuruh orang berbuat kebajikan
dan mencegah kemungkaran?'' jawabnya : ''benar!, aku menyuruh membuat kebajikan
sedang aku tidak membuatnya, dan aku menyuruh orang mencegah kemungkaran sedang
aku melakukannya''
Huraian
1. Makna mencampakkan
seseorang ke dalam neraka lalu terkeluar tali perutnya dan berpusing-pusing
adalah sememangnya mengambarkan suatu seksaan yang sangat pedih.
2. Penghuni neraka dari
pelbagai peringkat berkerumun melihat orang itu terseksa. Keadaan ini,
menunjukan bahawa seksaan seperti luar biasa sedangkan pada masa yang sama
mereka juga menerima seksaan.Hal ini menjelaskan bahawa seksaan bagi orang yang
pandai bercakap tapi tidak mengerjakan adalah lebih berat daripada yang lain.
Di samping itu penghuni neraka tertanya-tanya dan mengejeknya pula.
3. Maksud kebajikan yang
diserukan itu ialah segala amalan yang tidak bertentangan dengan Al-Quran dan
Hadis yang sahih daripada aspek akidah, ibadah dan urusan hidup (mu'amalah)
4. Mencegah kemungkaran ialah
berusaha secara positif bagi menghalang tersebarnya segala perkara yang
bertentangan dengan syariat.
5. Seseorang yang hanya
mnyeru, memrintah dan menganjurkan kebajikan sedang ia sendiri tidak
mengamalkan apa yang dikatakannya adalah manusia yang sangat dimurkai Allah.
Firman Allah S.W.T. :
''Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu
memperkatakan sesuatu apa yang tidak kamu melakukannya. Amat besarlah
kebenciannya di sisi Allah, memperkatakan sesuatu yang kamu tidak perbuat.''
(surah As-Saff:2-3)
Pengajaran
1. Melalui hadis ini mengambarkan seksaan
yang pedih bagi orang yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak melakukannya.
2. Segala urusan kebaikan yang tidak
disertai oleh orang berkata adalah sia-sia. Segala usaha dan kata-katanya itu
akan menambahkan lagi seksan ke atas dirinya.
3. Nilai dan ukuran amalan seseorang
terletak pada tindakan serta pelaksanaan bukan hanya perkataan sahaja.
4. Memperbaiki keadaan diri sendiri adalah
lebih utama daripada memperkatakan kelemahan orang lain. Sebelum diri sendiri
dapat melaksanakan perintah agama maka janganlah cuba mencaci orang lain.
5. Hadis ini mengingatkan orang mukmin
yang menjadi pendakwah dan pemimpin supaya menyeru kepada kebaikan. Mereka
hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan amalan mereka.
6. Manakala, orang lain yang mendengar
dakwah dan semua kebaikan hendaklah mengambil manfaat daripada apa yang
diperkatakan. Jangan pula hanya kerana yang bercakap itu tidak baik atau tidak
setaraf, kita menolaknya sedangkan apa yang diperkatakan itu benar dan manfaat.
7. Para pendakwah hendaklah sentiasa
bermuhasabah diri sendiri agar dapat memperbaiki kelemahan yang ada. Hal ini
disebabkan dikhuatiri orang yang sentiasa menyuruh kebaikan dan mecegah
kemungkaran lebih awal menerima balasan Allah dari orang yang didakwah.
Sekian,
BarakAllahufikum.
No comments:
Post a Comment